Saturday, October 21, 2017

Kepada: Semua Pelajar Pelajar Lepasan SPM
Daripada: Ketua Eksekutif Kolej CONSIST
29 Mac 2016


NOTA ISTIMEWA UNTUK PELAJAR LEPASAN SPM


Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera,


Sekiranya anda seorang lulusan SPM yang berkelayakkan dan tidak pernah mendengar bidang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Safety and Health), jangan ambil tidak peduli kerana bidang ini mempunyai masa hadapan yang amat cerah disebabkan permintaan yang amat tinggi dengan gaji yang lumayan di pelbagai industri di luar sana.


Oleh itu, jangan lepaskan peluang dan buang masa lagi, sila datang ke kolej CONSIST di Ulu Kelang Selangor (berhampiran Zoo Negara) untuk mendapat maklumat lanjut bagaimana anda boleh berjaya di dalam bidang ini di kolej CONSIST. Pekerjaan sebagai Pegawai Safety and Health (SHO) adalah perlu untuk kebanyakkan industri kerana keperluannya adalah mandotari yang terletak dibawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan bagi menjamin kesempurnaan tahap keselamatan dan kesihatan semua kakitangan di tempat kerja di Malaysia mahu pun di luar negara. SHO yang bertauliah dan yang berketerampilan di kebanyakkan industri adalah masih kurang. SHO adalah perlu untuk industri minyak dan gas, petrokimia, marin, pembinaan, peruncitan, pembuatan, kesihatan, penerbangan, hartanah, pertanian, perbankan, perkilangan, perhotelan, kerajaan, usahawan dan banyak lagi.


CONSIST bukan sekadar sebuah kolej sahaja, kami merancang secara terperinci untuk menjadikan bidang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan sebagai satu bidang pekerjaan yang berjaya atau karier pilihan masa hadapan anda. Objektif kami adalah untuk melahirkan graduan berketerampilan yang bertaraf antarabangsa agar graduan CONSIST bukan sahaja mudah diterima di Malaysia malah layak untuk berkhidmat di luar negara bagi mendapat imbuhan yang lebih lumayan.

Itulah sebabnya kolej CONSIST adalah satu-satunya kolej di Malaysia yang menawarkan dua program diploma serentak secara intergrated didalam bidang ini selama 3 tahun iaitu Diploma Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan diiktiraf oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Malaysia dan NEBOSH International Diploma diiktiraf oleh Institute of Occupational Safety and Health (IOSH) United Kingdom. Kedua-dua pengiktirafan ini adalah penting untuk graduan SHO kerana mereka mempunyai banyak kelebihan dari segi kelayakkan dari graduan-graduan lain dan sudah tentu menjadi pilihan industri. 

Graduan kolej CONSIST juga amat bertuah kerana mendapat keistimewaan untuk melanjutkan pelajaran diperingkat Bachelor Science (Honours) Safety, Health and Environment yang dianugerahkan oleh Middlesex University London tanpa perlu ke UK. Untuk pencapaian ini, adalah tidak wajar untuk graduan kolej  CONSIST yang bergaji lumayan berhenti kerja untuk melanjutkan pelajaran. Maka CONSIST dengan usahasama Middlesex University menawarkan program ijazah tersebut secara sambilan di hujung minggu selama 2 tahun untuk graduan CONSIST. Dengan pencapaian tersebut maka lahirlah seorang individu yang unggul, lengkap dan berketerampilan didalam bidang  Keselamatan, Kesihatan Pekerjaan dan Persekitaran untuk menawan berbagai industry di luar sana. Sehingga Konvokesyen kali ke 5 pada bulan Disember 2015 yang lalu kolej CONSIST telah berjaya melahirkan 680 graduan di peringkat Diploma.

Pelajar-pelajar yang mengikuti bidang ini di kolej CONSIST bukan sahaja yang mempunyai kelayakkan minima malahan ada yang berkelulusan  8A, 7A, 6A dan 5A di peringkat SPM. Ini bererti sudah ramai pelajar lepasan SPM telah mengetahui tentang masa hadapan bidang ini dan telah mengubah haluan dari program program konvensional seperti kejuruteraan, kedoktoran, perakuanan, pentadbiran, kejururawatan, perbankan dan lain-lain. Untuk menjadikan bidang ini sebagai salah satu bidang pilihan pelajar lepasan SPM, maka kolej CONSIST telah menawarkan kepada pelajar-pelajar yang berkelulusan 7A keatas untuk mendapat insentif kecemerlangan Ketua Eksekutif  sebanyak RM1000 setiap satu semester sekiranya dapat mempertahankan markah peperiksaan sekurang-kurangnya GPA 3.5 pointer keatas pada setiap peperiksaan semester.  

    
Sekian.

Convocation Picture