Wednesday, August 16, 2017

 
WHY WE NEED ADDITIONAL INTERNATIONAL QUALIFICATION?

Operational and management systems in certain industries in our country has changed over the years due to technology advancement, innovation, economic and political development. These changes, sometimes were unexpected because of the needs to fulfil the requirement immediately. To cope-up with all these instant changes in the Industry, most  Malaysian graduates are not ready because changes in technology and innovations normally started overseas. When our graduates are not ready internationally, the industries opted for foreign candidates to take up the job.
 
Therefore, CONSIST College has initiated to offer local and international qualifications in OSHE related studies together for the following reasons.
 
  • To ensure we are ready to take-up the job should international requirement taking place in the local system  anytime.
  • Malaysians will have the opportunity to work in Multi-National companies locally and abroad.
  • To ensure we are not left out or terminated when the company opted for international system.
  • Having international qualifications will allow Malaysian to work overseas to gain experience and for better income.
  • To reduce currency outflow if foreigners are employed locally.
  • When we have sufficient international qualified people, it will increase overseas investment to the country.
  •  Surplus international qualified graduates can be exported.
 
KENAPA PERLUNYA KELAYAKKAN TAMBAHAN ANTARABANGSA?
 
Semenjak beberapa tahun kebelakang ini sistem operasi terhadap beberapa Industri di Negara kita telah berubah. Perubahan ini berlaku disebabkan oleh keperluan semasa atau perkembangan dari segi pendekatan, ekonomi dan politik. Kadangkala perubahan dan keperluan berlaku  di luar jangkaan dan boleh berlaku pada bila-bila masa dan ketika tanpa diduga. Kita tidak boleh lari dari kenyataan ini kerana pada setiap waktu perubahaan di industrI akan berlaku disebabkan oleh perubahan atau perkembangan dari segi teknologi, piawaian, inovasi dan lain-lain.  

Kepakaran dan kebolehan modal insan kini diuji dan sekiranya kita tidak punyai kelayakkan yang dikehendaki maka kepakaran dan kebolehan orang dari luar Negara akan mengambil tempat tersebut. Oleh kerana itu, kita mesti sentiasa berkeadaan bersiap sedia agar boleh bertahan terhadap apa juga perubahan yang akan berlaku dalam industri-industri di luar sana.

Di CONSIST College, kami mengalakkan sebahagian pelajar-pelajar sekolah berfikir di luar ‘kotak’ dari segi pemilihan karier pekerjaan. Mereka perlu lihat peluang-peluang baru yang diwujudkan disebabkan oleh perkembangan dan perubahan di dalam kebanyakkan industri  dan beberapa karier baru dapat diwujudkan bagi menyokong atau merangsang pembangunan tersebut dengan imbuhan yang lebih baik. Pendekatan kita perlu berubah mengikut keperluan semasa agar kita menjadi lebih kompeten dan relevan di dalam semua industri. CONSIST telah wujud pada tahun 1996 dan CONSIST College memberi tumpuan khusus kepada bidang Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran (SHE) kerana tidak ada kolej lain mempunyai masa untuk membantu industri-industri di luar sana secara khusus dari aspek SHE secara serius. 

CONSIST College melihat semua industri di luar sana perlu dibantu dari aspek SHE kerana setiap kajayaan dan perkembangan mereka disokong oleh pengurusan SHE yang mantap. Tidak ada industri yang berjaya jika mereka tidak menguruskan keperluan SHE dengan baik. Sepertimana yang telah dimaklumkan, perkembangan industri berlaku setiap masa dari segi kemampuan, kualiti dan kuantiti.  Apabila perkembangan ini berlaku maka sudah tentu tahap keperluan kualiti SHE juga akan berkembang dan berubah. Ini bererti keperluan SHE adalah dinamik dan kita perlu beri tumpuan mengikut perubahan semasa agar dapat diselaraskan dengan perkembangan industri.

Perkembangan  industri dari segi teknologi dan inovasi kebiasaannya bermula dari luar Negara. Mereka mencipta dan menghasilkan produk atau sistem baru dari masa ke semasa. Buat masa ini, Negara kita membeli produk atau mengguna sistem berkenaan. Kita juga mengambil mereka berkhidmat di Negara kita kerana mereka mempunyai kelayakkan dan kebolehan yang diperlukan yang mana kita tidak punyai.  Ada juga industri di Negara kita yang hanya mengiktiraf ‘standard’  yang dibangunkan oleh industri dari luar Negara dan ini memberi kesan kepada peluang pekerjaan bagi rakyat di Negara kita. Oleh itu CONSIST College ingin merapatkan atau mendekatkan kemampuan rakyat Malaysia dengan kehendak Antarabangsa. 

Jika kita telah ketinggalan di dalam beberapa bidang yang lain, adalah dipercayai kita masih boleh berdiri seiring dalam bidang SHE dengan keperluan Antarabangsa jika kita sedia bertindak, atau berubah dan menerima dari sekarang. CONSIST College ingin mengeluarkan produk SHE untuk masa kini dan untuk masa akan datang dan bukan menghasilkan produk yang ketinggalan zaman. Oleh sebab itu CONSIST College ingin memperlengkapkan graduan-graduannya dengan keperluan tambahan  agar boleh bersaing  serta bersedia dengan ilmu-ilmu Antarabangsa. 

Jika di dalam Negara, graduan CONSIST College boleh berkhidmat  dikebanyakkan syarikat-syarikat Multi Nasional dan juga bersedia mengambil alih tugasan yang selama ini hanya ada pada orang luar Negara. Di luar Negara pula, dengan adanya ilmu Antarabangsa ini sudah tentu mereka mudah untuk diterima oleh industri-industri di luar sana serta mendapat gaji yang lumayan.
 

Ar. Hj. Mior Zawari Hassan
Ketua Eksekutif CONSISTCollege
Mei 2017
 

Convocation Picture